Betulkah Uqasha Senrose mabuk di kelab malam?

Sekiranya
sebelum ini, pelakon jelita Uqasha Senrose dikritik teruk oleh netizen
kerana kembali dengan imej free hair setelah mengambil keputusan untuk
berhijrah pada tahun 2015.

Kali
ini nama Uqasha kembali menjadi bualan netizen setelah sebuah video
yang memaparkan aksi beliau sedang leka menari di dalam sebuah kelab
malam jadi tular di laman-laman media sosial.
Uqasha
dikatakan mabuk kerana dilihat seperti kehilangan keseimbangan badan
yang mirip kepada ciri-ciri mabuk pada minit ke 0.13 di dalam video
tersebut.

Namun,
berdasarkan kepada suasana persekitaran di dalam video ini, kami
beranggapan ianya hanya babak lakonan semata-mata. Selain daripada
cahaya yang terang di dalam kelab malam itu, jumlah pengunjung yang
sangat kurang turut menimbulkan tanda tanya.
0 comments